Kebaikan Kaedah Fonik Berbanding Kaedah yang lain

Kebaikan Kaedah Fonik Berbanding Kaedah yang lain

Write By: admin Published In: Created Date: 2017-03-11 Hits: 477 Comment: 0

Melalui kaedah fonik, ramai kanak-kanak telah dapat membaca dengan cepat dan lancar pada usia seawal 3 tahun dan dalam masa seawal 2 minggu hingga 3 bulan sahaja dan mengikut perkembangan anak-anak.

Berikut adalah kelebihan kaedah fonik:


1. Mengikut Tabii


Sebenarnya kanak-kanak pada ketika kecil akan mula menyebut bunyi-bunyi tertentu seawal usia 4 bulan, contohnya, /bbbbb/ /mmmm/ /aaaaaa/ /uuuuu/ secara individu. Apabila usia mereka mula memasuki 8 bulan, mereka akan mula menggabungkan bunyi-bunyi tersebut, contohnya /mmm/ dengan /aaa/ lalu menjadi /ma/. Dalam kaedah fonik , konsep bunyi dan gabung-bunyi inilah yang kami ajarkan. Lojik, dan mengikut tabii. Melalui gabungan bunyi mereka terus dapat membaca dengan cepat dan lancar tanpa perlu mengeja-eja , menghafal-hafal suku kata ataupun menghafal nama-nama huruf A-Z.


2. Mudah


Dengan mengajar bunyi sahaja, kanak-kanak hanya perlu tahu bunyi dan simbol yang ada dalam bahasa pertuturan sahaja. Dalam bahasa Malaysia hanya terdapat 26 bunyi yang penting sahaja. Dengan bunyi-bunyi ini mereka dapat membaca ‘sejuta’ perkataan. Bahkan kaedah ini lebih sesuai untuk anak-anak kecil membaca kerana mereka tidak perlu menghafal ratusan pola dan ejaan sepertimana dalam kaedah mengeja atau sukukata yang banyak dan mengelirukan.


3. Sesuai untuk membaca bahasa Inggeris


Oleh sebab perkataan-perkataan dalam bahasa Inggeris pada asasnya terbina di atas dasar bunyi-bunyi yang digabungkan maka sayugialah kaedah ini serasi untuk kedua-dua bahasa. Lebih-lebih lagi, terdapat 21 simbol yang diajar di dalam bahasa Malaysia adalah sama sahaja bunyinya di dalam bahasa Inggeris. Secara tidak langsung mereka dengan mudah dapat membaca perkataan Inggeris menggunakan kaedah gabung bunyi ini. Dengan program fonik bahasa Inggeris kami, ReadEasy, kanak-kanak dapat membaca dengan senang.


Sumber :Readnetwork