1- Bacakan buku dengan penuh ekspresi dan emosi. Bayi amat sukakan muka ibubapanya. Jadi sambil bercerita , buat memek buka seperti apa yang sedang diceritakan
2 - Gunakan pelbagai intonasi suara. Selitkan dengan nyanyi sekali.
3 - Walau masih bayi ibubapa boleh membacakan buku sambil menanyakan soalan kepada bayi sambil memberikan jawapan sekali gus.
4 - Tunjukkan dan sebut nama objek dalam buku sambil membaca.
5 - Bacalah buku yang sama berulangkali. Bayi berasa seronok dan selesa apabila dibacakan buku yang sama kerana mereka sudah tahu jalan cerita.
6 - Pilihlah waktu yang sesuai untuk membacakan buku kepada bayi, seperti selepas mandi dan minum susu, begitu juga dengan ibubapa, pastikan anda juga didalam keadaan yang baik

Ajar Bayi Membaca 0-3 bulan
Assalammualaikum dan
Selamat pagi ibubapa semua..Hari ni saya nak kongsikan sedikit tentang
bagaimana kita nak ajar bayi membaca dari seawal usia 0-3 bulan. Ianya
bukanlah bermakna nak suruh anak kita bercakap, tetapi lebih kepada memberikan
rangsangan kepada bayi kita.