Belajar bersama Flipchart

Belajar bersama Flipchart

Write By: admin Published In: Created Date: 2017-04-06 Hits: 91 Comment: 0

Belajar bersama Flipchart


Assalammualaikum semua ibubapa. Semoga kita semua didalam rahmatNya..Hari ni saya nak kongsikan cara menggunakan flipchart , sebagai salah satu cara lain untuk ajar anak kita membaca.

Ramai yang kata anak tak minat buku, anak tak fokus, takda masa nak ajar dan macam macam alasan lagi. Cuba kita guna FLIP CHART untuk menarik minat anak-anak.

Kelebihan FLIP CHART ini ialah :

  • huruf bersaiz besar dan anak kecil mudah faham
  • bagus untuk anak anak yang sedang belajar gabung bunyi huruf
  • bagus untuk aktiviti "LATIH TUBI" gabung bunyi huruf
  • menarik minat anak anak sebab ada kelainan berbanding buku
  • bagus sebab ia memerlukan penglibatan ibu/ayah
  • boleh guna untuk bahasa melayu dan juga bahasa Inggeris

Setiap anak-anak kita tidak sama cara pembelajaran mereka. Ada yang auditory learners, visual learners dan sebagainya. Jadi kita lihat bagaimana flipchart ini dapat membantu setiap anak-anak ini.


Faedah untuk 'auditory learners':


  1. komunikasi dua hala yang memberikan peluang kepada ibu bapa dan anak untuk sama-sama bersuara dan mendengar
  2. selepas ibu bapa menyebut bunyi huruf atau suku kata, anak-anak akan diberi peluang untuk turut menyebutnya
  3. jadi, anak-anak akan lebih mudah mengingati apa yang disebut dan didengari


Faedah untuk 'visual learners':


  1. font huruf yang besar, jelas dan mempunyai warna yang terang pada 'flip chart' akan memudahkan anak-anak melihat abjad atau suku kata yang dipelajari
  2. anak-anak akan mengingati imej (abjad atau suku kata) yang tertera seterusnya menjadikan proses pembelajaran mereka lebih berkesan


Faedah untuk 'kinesthetic learners':


  1. pergerakan yang dilakukan sewaktu 'flipping' akan membantu anak-anak dalam memahami konsep sebenar pembentukan suku kata
  2. anak-anak juga dapat lebih mengingati apa yang dipelajari kerana mereka sendiri boleh melakukan pergerakan huruf yang silih berganti


Jadi, kesimpulannya, memang flip chart ni sesuai sangat untuk semua kanak-kanak. Tak kisahlah anak kita jenis auditory learners ke, visual learners atau kinesthetic learners ke. Semua boleh dapat manfaat daripada flip chart wow ni.


In Sha Allah anak-anak akan seronok belajar membaca guna flip chart! Segala kemahiran dan deria anak-anak kita tu...selagi boleh digunakan, guna je semuanya... Barulah anak-anak tak sempat mengantuk atau bosan masa belajar! Betul tak? Mendengar, melihat, menyentuh, berkomunikasi, bergerak... Haa... Maksimumkan segala potensi anak-anak. Semoga bermanfaat dan selamat berseronok bersama anak-anak.