Perlukah Membezakan Pencapaian Anak Satu Sama Lain

Perlukah Membezakan Pencapaian Anak Satu Sama Lain

Write By: admin Published In: ROOT Created Date: 2018-11-25 Hits: 79 Comment: 0

Alhamdulillah...cuti sekolah sudahpun bermula, macamana dengan keputusan peperiksaan akhir tahun anak-anak kita?


Sekarang agak hangat diperkatakan tentang perlukah anak-anak cemerlang diraikan disekolah


kalau di tanya kepada saya sudah tentulah kita mahu anak kita cemerlang dan diraikan, namun kalau disekolah tu contohnya ada 400 lebih murid tahun 1, ada 12 kelas jadi yang diraikan cuma yg dapat no 1-3 sahajakan.


Kadang-kadang anak-anak kita juga cemerlang, dengan peratusan yang sangat baik, namun pihak sekolah hanya mampu meraikan yang terbaik dikalangan terbaik


Ianya adalah lumrah kehidupan. Jadi tugas kitalah ibubapa menerangkan kepada anak. Kalau saya, saya masih meraikan anak saya samada cemerlang atau memuaskan dengan cara mengikut kemampuan masing-masing.


Kadang-kadang anak-anak kita ni hanya perlukan sokongan dan sedikit pujian diatas usaha mereka. Raikanlah dengan cara contohnya buat kek bersama atau keluar makan bersama atau jika ada lebih boleh berikan hadiah hadiah sekadar yang mampu diatas usaha anak-anak.


Jangan dilupa berpesan kepada anak bahawa hadiah ini sebagai penghargaan diatas usaha yang telah dilakukan, dan berusaha lagi untuk mencuba yang lebih baik.


Usahlah kita menarik muka masam atau memarahi anak jika kurang berjaya. sebagai ibubapa kita tingkatkan usaha dan banyakkan berdoa untuk kejayaan anak didunia dan diakhirat.


gambar ehsan google