Tips Rangsangan Motor Buat Anak 2 tahun keatas

Tips Rangsangan Motor Buat Anak 2 tahun keatas

Write By: admin Published In: ROOT Created Date: 2018-12-01 Hits: 53 Comment: 0

Tempohari kita dah sentuh bagaimana nak rangsang motor untuk bayi, hari ni kita sentuh sikit tips Tips Rangsangan Motor Buat Anak 2 tahun keatas. Pada umur ini anak memang sudah cekap berjalan. Rasa saya tak perlulah ibubapa terlalu bergantung lagi kepada stroller.


Pertama berikan anak peluang untuk berjalan sendiri dengan pengawasan ibubapa. Lebih bagus kalau bawa anak ke taman permainan untuk anak berlari, memanjat dan sebagainya.


Galakkan anak untuk belajar mengimbang badan. Contohnya berjalan diatas titi, boleh juga belikan trampolin untuk anak melompat dan seterusnya belajar mengimbang badan


Galakkan anak menyusun atau bermain cantum-cantum. Boleh je belikan lego atau pun berikan cawan atau apa saja untuk anak susun. Lagi menarik kalau berwarna warni.


Galakkan anak bermain pelbagai objek pasang-buka, buka-tutup, picit, tekan, pulas. Barang-barang keperluan yang ada dirumah pun boleh digunakan contohnya mangga dengan kunci , botol air, tombol pintu, selak pintu da sebagainya.


Berikanlah anak kebebasan untuk meneroka dialam sekelilingnya dan semulajadi. Sekali sekali bawa anak ke kawasan rekreasi didalam hutan untuk anak merasai alam semulajadi. Ianya akan menjadi momen yang indah buat anak-anak nanti.